Kumpulan
Guru Simpanan Kebangsaan - KGSK
|
Keperluan guru ganti di sekolah
menjadi semakin
penting berikutan pelaksanaan beberapa dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia
seperti pelaksanaan pengajaran pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa
Inggeris (PPSMI) di mana guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dan
Sains
dikehendaki mengikuti kursus. Ini menyebabkan guru meninggalkan bilik
darjah
sama ada sebagai peserta kursus atau tenaga pengajar/jurulatih.
Selain itu, dasar penempatan 50% guru siswazah di sekolah rendah
menjelang
tahun 2010 melibatkan ramai guru bukan siswazah (PPPBS) yang sedang
berkhidmat
perlu disiswazahkan. Semasa guru-guru ini menghadiri kursus sepenuh masa
seperti Pra Program Khas Pensiswazahan Guru (Pra PKPG) selama 14 minggu
di
maktab-maktab perguruan, guru ganti diperlukan bagi mengisi kekosongan
yang bersifat
sementara di sekolah-sekolah terlibat.
Pihak sekolah mengamalkan pengambilan guru ganti yang kebanyakannya
tidak
mempunyai pengalaman dan kelayakan ikhtisas. Namun, dengan adanya
Kumpulan Guru
Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini diharapkan masalah pengambilan guru ganti
yang
tidak berpengalaman akan dapat dikurangkan. Pelaksanaan KGSK juga akan
dapat
membantu amalan pengambilan guru ganti semasa guru wanita mengambil cuti
bersalin selama 60 hari. Perangkaan menunjukkan bilangan guru wanita
mengatasi
guru lelaki dengan nisbah 2:1.
Tujuan Panduan ini adalah untuk memberi gambaran dan garis panduan
sekolah bagi
melaksanakan program Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) ini dengan
berkesan. Semoga kandungan dalam panduan ini dapat dimanfaatkan oleh
semua
pihak bagi melaksanakan program pengambilan guru ganti yang berkualiti.
Sekian, terima kasih.
Kekosongan sementara berlaku di sekolah
apabila
guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek.
Bagi
mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yang kebanyakannya
terdiri
daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan
ikhtisas
telah dilantik secara kontrak.
Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan
sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru
berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.
Oleh yang demikian, beberapa rentetan siri mesyuarat di peringkat
tertinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
akhirnya telah meluluskan pelaksanaan KGSK. Persidangan Strategik
Kementerian
Pendidikan Malaysia
pada 1-4 November 2002 telah meluluskan satu resolusi ke arah penubuhan
Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK).
Mesyuarat Hal-hal Profesional Bil. 01/2003 yang dipengerusikan oleh KPPM
pada
bulan Mac 2003 juga adalah berkaitan dengan pelaksanaan ini. Mesyuarat
Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia
Bil. 31/2003 yang
dipengerusikan oleh KSU memutuskan supaya projek rintis diadakan di
daerah Batu
Pahat dan Muar, Johor Darul Takzim.
Mesyuarat Memperkasakan SK dan Pengurusan SAR Bil.12/2004 bertarikh 4
Feb 2004
yang dipengerusikan oleh KPPM telah meminta projek rintis dijalankan
juga di
negeri-negeri lain ; WP Kuala Lumpur; Jempol, Kuala Pilah, Jelebu di
Negeri
Sembilan dan Nabawan, Pensiangan di Sabah. Kertas makluman KGSK juga
telah
dibentangkan di mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
2004 yang
diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan yang dikemukakan bagi
penubuhan KGSK
ini telah mendapat sambutan positif memandangkan keperluan guru ganti di
sekolah di bawah pentadbiran KPM yang semakin mendesak.
Objektif pelaksanaan KGSK adalah bagi
mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat
ketiadaan guru
yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan
ikhtisas
atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru:
- Guru
Cuti Menunaikan Haji
- Guru
Cuti Sakit
- Guru
Cuti Bersalin
- Guru
Cuti Rehat Khas
- Guru
Cuti Tanpa Gaji
- Guru
Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
- Guru
Kursus Dalam Perkhidmatan
Ahli dari kalangan KGSK terdiri dari
mereka
yang mempunyai pengalaman mengajar mengikut kategori berikut:
i. Guru Bersara Wajib / Pilihan
1. Pesara Guru Siswazah (SW)
2. Pesara Guru Bukan Siswazah (BS)
(* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa
permohonan)
ii. Pemegang Kelayakan Ikhtisas
Perguruan
(Tiada lantikan SPP : Tidak ditempatkan)
1.Siswazah dengan pendidikan;
(SW1Kep) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian , (SW1Am)
Ganeral Degree
2. Diploma pendidikan (BS1)
(* Sijil Ikhtisas , SPM / STPM / Ijazah perlu dikemukakan semasa
permohonan)
Keahlian KGSK
Ahli dari kalangan KGSK terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman
mengajar
mengikut kategori berikut:
A. Guru Bersara Wajib / Pilihan
i) Pesara Guru Siswazah
ii) Pesara Guru Bukan Siswazah
B. Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan
i) Siswazah dengan pendidikan
ii) Diploma pendidikan
C. Bekas GSTT Sekurang-kurangnya 1 tahun
i) Bekas GSTT Siswazah
ii) Bekas GSTT STPM/Diploma
iii) Bekas GSTT SPM
- Guru
ganti KGSK yang dilantik adalah bertaraf sambilan
dari
hari ke hari dan tempoh perkhidmatan akan tamat dengan
sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar.
- Guru
ganti KGSK bukan kakitangan kerajaan serta tidak
layak
menerima apa jua faedah atau kemudahan kecuali elaun yang akan
dibayar
mengikut kadar harian dibayar atas hari-hari bekerja sahaja.
- Walaupun
bertaraf bukan kakitangan kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk
kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran
sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada
bila-bila
masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari
secara
bertulis.
- Sihat
tubuh badan dan bagi umur yang melebihi 65 tahun mesti
mendapat kebenaran khas BSM serta membuat pemeriksaan doktor.
- Pejabat
Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik guru ganti dari
kalangan
ahli KGSK yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah
berkenaan.
- Walaubagaimanapun
sekolah boleh mencadangkan kepada PPD calon dari kalangan ahli KGSK
yang
layak dan bersesuaian dengan opsyen yang diperlukan di sekolah
tersebut.
Sekiranya terdapat lebih dari seorang
calon
ahli KGSK yang sesuai ditempatkan sebagai guru ganti di sesebuah sekolah
yang
memerlukan, pemilihan dibuat berdasarkan kepada keutamaan berikut:
- Opsyen
yang tepat atau bersesuaian seperti dikehendaki oleh pihak sekolah
- Jarak
terdekat dari tempat bertugas
- Ahli
KGSK yang berpengalaman di sekolah menengah akan bertugas di
sekolah
menengah dan sebaliknya sekolah rendah akan bertugas di
sekolah rendah.
- Masa
bertugas Guru Ganti KGSK bukan waktu kerja pejabat seperti yang
telah
ditetapkan dalam Perintah Am bab ‘G’ tetapi sekiranya keadaan
memerlukan
ia boleh diarah untuk bekerja lebih masa pada masa-masa yang
ditetapkan
dan ia juga perlu mematuhi segala peraturan kerja pejabat dan
arahan-arahan yang sedang berjalan atau peraturan-peraturan serta
arahan-arahan lain yang mungkin dibuat dari masa ke masa.
- Buku
persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan
diselia
seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan disamping
melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru
tetap.
- Segala
bayaran elaun bagi guru ganti KGSK diuruskan oleh PPD atau Sekolah
PTJ
sebagai Pusat Tanggungjawab.
- Merujuk
surat JPA
(Bahagian Gaji & Elaun) bertarikh 4 Disember 2007 JPA(S)(BGE)
63/75 Klt.5/(43) elaun harian guru ganti KGSK adalah:
-
Lepasan Ijazah = RM 150.00
-
Lepasan Diploma = RM 110.00
PANDUAN TINDAKAN & PROSES
KERJA PEMBAYARAN ELAUN
KGSK
|
BIL
|
PERKARA
|
JANGKA MASA
|
TINDAKAN
|
1.
|
Guru melapor
diri dan menyerahkan surat tawaran perkhidmatan guru ganti dan
pengambilan
guru ganti
|
Hari pertama
melapor diri
|
Guru
|
2.
|
Menyerahkan kepada guru:
|
Hari pertama
melapor diri
|
Pengetua/ Guru
Besar
|
2.1
|
Borang Penerimaan Tawaran
|
|
|
3.
|
Melengkapkan
dan menyerahkan semula dokumen berikut ke sekolah:
|
2 hari selepas
melapor diri
|
Guru
|
3.1
|
Borang Penerimaan Tawaran
|
3.2
|
Salinan Kad Pengenalan
|
3.3
|
Salinan Buku Bank
|
3.4
|
Salinan Sijil Akademik/Ikhtisas
|
3.5
|
|
4.
|
Urusan menyedia dan menyerahkan dokumen berikut ke PPD
untuk kelulusan:
|
2
– 5 hari selepas akhir bulan dan dokumen
lengkap diterima daripada guru
|
Pengetua/ Guru
Besar
|
4.1
|
Kelulusan Kew&Lantikan
|
|
4.1.1
|
4 salinan Kew 8
|
|
4.1.2
|
1 salinan surat
tawaran
|
|
4.1.3
|
1 salinan surat
pengambilan guru
|
|
4.1.4
|
1 salinan borang penerimaan tawaran
|
|
4.1.5
|
1 salinan sijil akademik/ikhtisas
|
|
4.1.6
|
1 salinan kenyataan/rekod kehadiran
|
4.2
|
3 salinan
baucar bayaran beserta dokumen berikut:
|
|
4.2.1
|
1 Kew 8 (asal)
|
|
4.2.2
|
1 salinan Borang A KWSP
|
|
4.2.3
|
1 salinan No. Ahli KWSP
|
|
4.2.4
|
1 salinan tawaran
|
|
4.2.5
|
1 salinan borang penerimaan tawaran
|
|
4.2.6
|
1 salinan kad pengenalan
|
5.
|
5.1
|
Menyemak dan
melulus Kew 8 serta mengembalikan Kew 8 ke sekolah
|
2 – 5 hari setelah
menerima dokumen
|
PPD
|
6.
|
6.1
|
Menyemak dan mengesahkan baucar bayaran
|
2 – 5 hari setelah
menerima dokumen
|
PPD
|
6.2
|
Menghantar ke
Jabatan Akauntan Negara Cawangan/Pejabat Perakaunan masing-masing
|
Bagi memastikan program KGSK ini
berjalan
dengan berkesan, aspek pemantauan berikut perlu dilaksanakan di
peringkat
daerah:
i. Pemantauan Pembayaran gaji
dan
elaun
Aspek pemantuan yang dilaksanakan melalui semakan dokumen yang dihantar
oleh
pihak sekolah ke PPD seperti Kew. 8 dan Rekod
Kehadiran Guru Ganti KGSK pada setiap bulan serta penyediaan boucer
pembayaran.
Pemantauan ini perlu bagi memastikan segala urusan pembayaran gaji dapat
dibuat
pada setiap bulan.
ii. Pemantauan Prestasi
Pengajaran
& Pembelajaran
Bagi memastikan prestasi guru ganti KGSK pada tahap yang optimum
pemantauan
aspek berikut perlu dilaksanakan:
A. Perancangan dan Pelaksanaan
P&P
- Persediaan
Guru
- Strategi
dan Kaedah digunakan
- Penggunaan
dan kesesuaian bahan bantu
- Penerapan
nilai murni
- Pencapaian
objektif pembelajaran
B. Profesionalisme Guru
- Pengetahuan
isi kandungan mata pelajaran
- Kesediaan
membimbing dan menunjuk ajar
- Menggalakkan
pembelajaran aktif
- Kawalan
kelas
- Kepelbagaian
sumber ilmu guru
C. Sikap dan Sahsiah Guru
- Berpakaian
kemas dan bersesuaian
- Bersopan
santun dan berbudi bahasa
- Bersikap
positif
- Keperihatinan
terhadap murid
- Hubungan
dengan rakan sejawat
- Sekolah
digalakkan mengiklankan khidmat guru ganti KGSK kepada kategori
calon ahli
yang layak di kawasan komuniti setempat termasuk warga sekolah bagi
memastikan bekalan guru ganti sentiasa mencukupi.Permohonan perlu
menggunakan borang rasmi yang dibekalkan. Bantu calon bagi
melengkapkan
borang untuk menjadi ahli KGSK.
- Semua
permohonan perlu disertakan dengan sijil ikhtisas, SPM atau STPM
atau
Ijazah bagi calon pesara guru atau mereka yang pernah mendapat
latihan
perguruan.
- Bagi
permohonan di kalangan calon yang pernah berkhidmat sebagai GSTT
perlu
mengemukakan surat
tawaran GSTT dan sijil SPM atau STPM atau Ijazah.
- Bantu
calon untuk mengemukakan permohonan melalui sekolah ke PPD.
- Permintaan
Guru Ganti KGSK
- Sila
Gunakan Borang Permintaan Guru Ganti KGSK yang disediakan.
- Sila
Gunakan satu borang bagi satu permintaan guru ganti.
- Sila
nyatakan butiran sekolah, bilangan guru kelas dan murid, butiran
guru yang
bercuti atau tiada dengan lengkap dan jelas.
- Pihak
sekolah dilarang melantik guru ganti KGSK sebaliknya digalakkan dan
boleh
mencadangkan ahli KGSK yang sesuai dengan opsyen yang diminta. Jika
ada
cadangan sila tuliskan pada ruangan ’ Lain-lain hal yang hendak
dimaklumkan’.
- Sila
lampirkan dokumen sokongan yang disahkan dan mengandungi
butir-butir
ketiadaan guru dan tempoh seperti surat
cuti, surat
panggilan kursus dan sebagainya.
- Sila
kemukakan permohonan dengan kadar segera setelah semua dokumen
sokongan
diperolehi.
- Guru
Ganti KGSK di Sekolah
- Sila
terima semua guru ganti KGSK yang telah dilantik pada hari pertama
ia
melapor diri.
- Serahkan
surat
tawaran dan borang setuju terima tawaran untuk ditandatangani oleh
guru
ganti KGSK.
- Sila
maklumkan ke PPD jika terdapat sebarang kesulitan dan masalah yang
timbul.
- Rekodkan
kehadiran dalam buku kehadiran sekolah dan borang kehadiran guru
ganti
KGSK.
- Tentukan
matapelajaran dan kelas yang akan diajar dan serahkan buku
persediaan
mengajar guru yang digantikan.
- Sediakan
Kew. 8 dalam 4 salinan seberapa segera dari guru ganti KGSK melapor
diri
dan hantar ke Pegawai Khas KGSK PPD beserta salinan surat
lantikan dan surat
setuju terima untuk semakan dan kelulusan. Pastikan butiran Kew
8 dibuat berdasarkan contoh yang dibekalkan.
- Sediakan
dokumen pembayaran mengikut peraturan kewangan sebelum 25 haribulan
pada
setiap bulan dan hantar ke Unit Kewangan PPD (PTJ PPD) untuk
diproses.
- Pastikan
guru ganti KGSK menerima bayaran gaji pada setiap bulan
(berikutnya)
sepanjang ia berkhidmat dan tidak digalakkan daripada mengumpul
semua
bayaran pada bulan terakhir perkhidmatan kerana ia akan memberi
implikasi
kepada peruntukan kewangan di samping memberi kesulitan kepada guru
tersebut.
- Sila
hantar satu salinan rekod kehadiran guru ganti KGSK kepada Pegawai
Khas
KGSK PPD bagi tujuan rekod perkhidmatan dalam fail peribadi ahli
KGSK
Pentadbiran sekolah dikehendaki membuat pemantauan prestasi guru
ganti
KGSK berdasarkan borang prestasi yang dibekalkan secara bijaksana
mengikut
kesesuaian masa. Laporan prestasi pemantauan ini akan diguna dalam
pertimbangan perlantikan guru ganti KGSK tersebut seterusnya.
- Beri
bantuan yang sewajarnya kepada guru ganti KGSK terutamanya yang
berkaitan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Semua borang keperluan pengurusan KGSK
boleh
dimuat turun melalui laman web KGSK PERAK di http://kgskperak.yolasite.com
seperti berikut:
- Borang
permohonan menjadi ahli
- Borang
permohonan menjadi ahli melebihi umur 65 tahun
- Borang
permintaan guru ganti KGSK sekolah
- Borang
setuju terima tawaran penempatan guru ganti KGSK
- Rekod
kehadiran guru ganti KGSK
- Panduan
Proses Pembayaran elaun guru ganti KGSK
Melihat dari keperluan ini segala perubahan dan penambahbaikan perlulah
menjurus kepada peningkatan pengurusan KGSK yang lebih tersusun dan
teratur
disamping memastikan kualiti ahli KGSK berada pada tahap yang cemerlang
gabungan guru lama yang berpengalaman dan guru baru yang bermotivasi
tinggi.
Adalah diharapkan dan apa yang lebih utama semoga penglibatan guru ganti
KGSK
ini akan membantu mengangkat prestasi akademik sekolah pada tahap yang
lebih
cemerlang.
Walaupun terdapat halangan dan cabaran dalam melaksanakan guru ganti, ia
boleh
dianggap suatu yang bersifat sementara berbanding keperluan KGSK yang
telah
menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan amat membantu pihak sekolah
untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika
ketiadaaan
guru di sekolah. Guru KGSK terutamanya pesara guru bukan sahaja dapat
membantu
menyelesaikan masalah ketiadaan guru di sekolah bahkan menjadi sumber
rujukkan
guru di sekolah ia ditempatkan.