e-borang Guru Ganti

SYARAT / KELAYAKAN PEMOHON GURU GANTI

1.    Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.

2.    Berumur tidak melebihi 30 tahun (bukan siswazah) dan 35 tahun (siswazah).

3.    Kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

4.    Guru ganti yang dilantik adalah bertaraf sambilan dari hari ke hari dan tempoh   perkhidmatan akan tamat dengan sendirinya apabila guru yang diganti kembali mengajar.

5.    Guru ganti bukan kakitangan kerajaan serta tidak layak menerima apa jua faedah atau kemudahan kecuali elaun yang akan dibayar mengikut kadar harian.

6.    Walaupun bertaraf bukan kakitangan kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai majikan mereka dan boleh ditamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa tanpa diberi sebarang alasan selepas diberi notis satu hari secara bertulis.



Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak, ditampalkan gambar berukuran passport dan dikepilkan bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti senarai berikut :
(Tandakan    ,/       pada petak yang berkenaan)
     *  Salinan Surat Beranak
     *  Salinan Kad Pengenalan
     *  Salinan Keputusan SPM
     *  Salinan Sijil/Diploma/Ijazah (tertinggi yang dicapai)
Lain-lain sijil tidak perlu dilampirkan, hanya akan diperlukan semasa sesi temuduga.

          Hantar permohonan anda:


            1   Melalui email kepada gsttlms@gmail.com
            2   (salinan yng telah dicetak) ke Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang Dan Selama - u.p. Unit KGSK.

Muat turun borang di bawah:

e-borang gstt v2007.xlsx e-borang gstt v2007.xlsx
Size : 59.467 Kb
Type : xlsx
 
 


 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola